- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

Friday, February 25, 2011

Bantulah adik Hairuman

dah lama dh nk tulis pasal adik hairuman ni,tp selalu terlupa..bila teringat adik ini terasa betapa beuntungnya hidup kita..

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu.Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak keempat daripa 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.





Dan sekarang,kedua-dua belah tangan dipotong dan diikuti kaki kirinya...

Lebih menyedihkan, anak muda ini adalah anak yatim piatu.Diusia muda, belum sempat beliau mengorak langkah membina kehidupan, musibah yang datang melenyapkan segala impian. Tiada ayah dan ibu sebagai tempat mengadu. Hanya kakak yang menjadi teman.
Bayangkan jika anda ditempatnya? Apa yang anda akan rasa?
Adakah masalah hidup kita lebih hebat dari penderitaan Hairuman yang kehilangan anggota tubuhnya?
Jadi, selagi kita masih hidup dan sempurna sifat, gunakanlah sebaiknya untuk mencapai cita-cita hidup yang diredhai Allah.Kaki yang ada, selalulah melangkah ke masjid.mulut yang masih boleh berkata-kata, ucaplah kata-kata mulia. Tangan yang masih mampu menyuapkan nasi ke mulut, ringan-ringankan untuk memberi pertolongan.
Sesungguhnya, ujian hidup Hairuman lebih hebat daripada kita. Namun, dia masih lagi boleh bersabar. Hanya tuhan sahaja yang tahu.
Jadi, kita bagaimana? Masih mahu merintih, menyesal dan rasa takdir hidup kita terlalu buruk? Fikir-fikirkan…




Disini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 0183807867 -Maryuni Bt Miskon

No Akaun :162030632448 Maybank

Alamat: no 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor

Aku Terima Nikahnya- Ustaz Hasrizal

tgk tajuk dia cam gatal nak kawen.but the truth is,this book is an invaluable tool for those who want to get married,or whom not married yet and in order to plan their wedding.1st time baca buku ni pada  17 Feb 2009..this book very practical guide from men perspectives..introduced by my colleague,  i read this book and asked my husband to read this book also..it’s about how we view the marriage is..how completely marriage in ISLAM..bagaimana nak mengemudi sebuah rumah tangga,so aku suggest kat member2 aku yg belum kawen atau nak kawen,bacalah buku ni.yg pasti this book is based on true story and experience..this is a few things that i picked from this book.

Real Love can be divided into 5 stages:
1)Era praperkahwinan
2)Di Ambang perkahwinan
3) Fantasia bulan madu
4) Menimang cahaya mata
5) Tempoh matang perkahwinan

Kesan perhubungan
di peringkat praperkahwinan,kita harus beringat terhadap kesan tindak tanduk utk jangka ms panjang.hidup sementara wahai sahabat..namun kesan amalan kekal selamanya.semakin lama kita bercouple,semakin byk dosa yg kita kumpul.setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit psgn yg kamu ghairahkan..ada api yg akan merentungkan,rentung yg tak mati ttp kekal derita &seksa.Sblm kamu sentuh seorg perempuan yg kamu angkat bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah,fikirkan kembali sakitnya ibunya mengeluarkan dr perut bersabung nyawa,sangup merisikokan mati demi melahirkan anak perempuan yg suci bagai kain putih,dan hari ini kamu muncul tiba2 dlm hidupnya mahu mencemarkan perempuan itu? Tergamakkah seorang lelaki yg dijadikan Allah sebagai pelindung wanita hanya kerana bertuankan nafsu..natijahnya masyarakat kita skrg sudah rosak krn terlalu ramai lelaki yg merosakkan wanita..sedangkan kekuatan sesuatu bangsa adalah kerana kesucian dan kekuatan wanitanya yg akan membawa zuriat ke dunia ini..lihtlah bagaimana zionis bersunguh2 membunuh wanita islam kerana mahu merosakkan umat Muhamad..tetapi bangsa melayu sendiri merosakkan bangsa mereka..

BERKAHWIN KRN TAKUT TERJEBAK HARAM?
Perkahwinan bukanlah utk menghalalkan apa yg dihalalkan sblmnya…perkahwinan ialah kombinasi cinta ,perasaan,keinginan dan tanggungjawab.Jika daya tahanmu lemah hingga menolak nafsu pun jadi masalah..dimana kekuatanmu utk memimpin keluarga,membina rumah tangga,&menjadi pembentuk msia berupa anak2.Banyak kes penceraian berlaku walau sudah mencecah 15-20 thn…
Sy sedih melihat pelajar yg berkahwin terutama sms belajar apabila mereka dikejutkan dgn berita kehamilan istri dlm keadaan tidak mempunyai kesediaan mental lantas mencetuskan pelbgi mslh.Bermula dr stress &kemurungan hgga membawa kpd mslh kewangan yg serius lg menjejaskn pelajarn.
krn cbuk dgn rutin kehidupn seharian,kita tanpa sedar mebiarkn identiti suami istri tenggelam.suami melihat istri sbgi ibu kpd anak2 & begitulah sebaliknya..pndgn istri &suami hilang tanpa sedar..Apa yg tggl hanya pndgn ibu &bapa melalui anak2 dlm perkahwinan.
“Knapa anta buat mcm tu? tak syg istri ke? apa salah dia?” sy bertanya kpd seorang rakan.Beliau memsg cinta kedua diblkg istri yg suatu ketika dulu digilainya..”entahlah,jemu barangkali”..saya tergamam..alasanya senang sekali ..istri & anak2 yg sempurna itu tidak lg mendtgkn bahagia ats sbb JEMU.. “hei,jemu anta kata? habis dgn org br anta tak akan jemu ke? hari ini seronoklah,segala2 cinta.Tanggungjwb belum msk dlm cinta”, sy panas hati.Memg sy terganggu dgn kisah rakan seorg ini ttp sy mengambil iktibar &peringatan.Bahawa dlm sebuah r/tgga psgn beranak 3,ibubapa & anak bukanlah segalanya.selama mana sekalipun bahtera r/tgga belayar,suami istri tetap ada.Jangan biarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian.

Quotes:
1)..Terimalah seseorang seadanya,kebaikannya disyukuri,kekurangannya diredhai..
2)..Pertunangan suatu komitmen yg belum pasti,ia mungkin berakhir dgn perkahwinan,boleh juga tamat pd kesudahan yg tidak diharapkan..
3)..Apakah perkahwinan kita kekal sampai hari mati,atau gerhana di tengah jalan atau sekadar sampai le anak cucu dan kemudian bercerai bertemankan uban &kedut wajah?..
4)..kehidupan berumah tangga,tidak mengizinkan kita utk mbuat keputusan menurut pertimbangan sendiri…
5)..Jangan pandang isteri dgn pandangan mata yg kering,atau pandangan akal yg gersang,jauh skali pandangan nafsu..ttp pandanglah dr pandangan hati yg hakiki…
6)..Sunahkah meramaikan anak? manakah yg lebih utama,mengejar galakan Islam meramaikan anak atau memastikan anak2 dpt dibesarkan dgn selamat di fitnah akhir zaman ini?tidak semua wanita islam yg beranak boleh melahirkan umat MUHAMAD..
7)..Anak2,jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda.Kasihnya kadang2 tidak samapi ke makam ayah &bonda..
8)..suami yg tidak berjihad tidak akan berpeluang merasa sakitnya seorg istri ketika melahirkan anak..
9)..jika mahu anak mendgr kata,belajarlaj utk mendgr pndgn anak2..
10)..jgn dimatikan kebolehan anak2 dgn kemalasan ibubapa..
11)..anak2 kita mgkn gagal mengikut kata2 ibubapa,ttp mrk tidak akan gagal meniru perangai &tgkh laku kita..
12)..belajar menerima teguran anak2,agar teguranmu diterima..
13)..memberi mesti dgn kasih sayang,tanpa kasih sayang,memberi adalah beban & benci..

Melihat perkahwinan sbg medan menerima menjdkn kita sering gelisah &hidup mminta-minta,ttp Melihat perkahwinan sbg medan memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yg tidak berkesudahan..

Thursday, February 24, 2011

antara kemarahan dan pengajaran

Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Pengajaran daripada cerita:

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...."