- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

Sunday, February 21, 2010

BAHAYA SARDIN DLM TIN

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakankebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam
lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar.
Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar,
rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak
perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan
kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan
sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat
sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun
tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya
berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa
berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas
memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu
ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan
tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk
ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah
guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana
sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan
sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang
bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka
makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin.
Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang
dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin
dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia
lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua
tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang
mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3
malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang
ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini
dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut
selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang
ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan
sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya
ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam
tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan
ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya,
bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila
mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin?
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan
bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang
terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di
dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba
Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke
rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan
mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang
sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah
memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok
mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal
40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang
perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti
fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.
Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak
ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-
pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan
sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan
kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia
akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan.
Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam
rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah
seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak
keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan
sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya
ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini,
sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat
ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa
dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan.
Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan
ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba
Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan
syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah
ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak
sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba
lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara
yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas
itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka
ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah
pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah
dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor,
fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin dan sebarang jenis produk dalam tin.

SUMBER ; HALAQAH.NET

No comments:

Post a Comment