dah lama dh nk tulis pasal adik hairuman ni,tp selalu terlupa..bila teringat adik ini terasa betapa beuntungnya hidup kita..
"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu.Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak keempat daripa 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.
Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.
Dan sekarang,kedua-dua belah tangan dipotong dan diikuti kaki kirinya...
Lebih menyedihkan, anak muda ini adalah anak yatim piatu.Diusia muda, belum sempat beliau mengorak langkah membina kehidupan, musibah yang datang melenyapkan segala impian. Tiada ayah dan ibu sebagai tempat mengadu. Hanya kakak yang menjadi teman.
Bayangkan jika anda ditempatnya? Apa yang anda akan rasa?
Adakah masalah hidup kita lebih hebat dari penderitaan Hairuman yang kehilangan anggota tubuhnya?
Jadi, selagi kita masih hidup dan sempurna sifat, gunakanlah sebaiknya untuk mencapai cita-cita hidup yang diredhai Allah.Kaki yang ada, selalulah melangkah ke masjid.mulut yang masih boleh berkata-kata, ucaplah kata-kata mulia. Tangan yang masih mampu menyuapkan nasi ke mulut, ringan-ringankan untuk memberi pertolongan.
Sesungguhnya, ujian hidup Hairuman lebih hebat daripada kita. Namun, dia masih lagi boleh bersabar. Hanya tuhan sahaja yang tahu.
Jadi, kita bagaimana? Masih mahu merintih, menyesal dan rasa takdir hidup kita terlalu buruk? Fikir-fikirkan…
Disini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 0183807867 -Maryuni Bt Miskon
No Akaun :162030632448 Maybank
Alamat: no 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor
No comments:
Post a Comment