- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

Wednesday, April 27, 2011

Kalau aku bukan PALAPES...


Kalau aku bukan PALAPES..
Kalau sy bukan PALAPES,
Tak mrasa bgn pagi dlm keadaan haru biru,
T'gesa-gesa mandi n kenakan baju,
Takut t'lmbt baris……..

Kalau aku bukan PALAPES,
Takkan merasa PT pagi,
Berlari sampai lenguh kaki sambil menyanyi,
Tu belum kena side roll ngan forward roll lagi,
Komando rest jangan cita lah…
Pasti ramai tertelan tahi gigi pagi….hehe


Kalau aku bukan PALAPES,
Takkan merasa kawad diterik mentari,
Panaskan barrel semua sekali,
Langkah pendek dan tajam!!! Huh…1skot datang asma…
Ke belakang pusing entah berapa kali,
Pening lalat dibuatnya…
Silap hari bulan aku pun tarik diri!!!!


Kalau aku bukan PALAPES,
Takkan menembak di lapang sasar Gurun..
M16, M203, LMG, GPMG, MORTAR, CARL GUSTAV….
Suma dah kami rasa pakai peluru idup!!!
Bukan alang2…kesiukkan kami….
Tapi jantung rasa bagai nak luruh jugak…
Lalai sesaat derita seumur hidup!!



Kalau aku bukan PALAPES,
Takkan merasa gali kubu,
Penat kami hanya Tuhan yang tahu,
Sampai tertidur pun aku tak tau,
Gejala mamai berleluasa…hahaha
Rindu pada katil di kg e…
Makan minum dikongsi bersama,
1 lagu skot!! Untuk hiburkan hati kritikal…


Kalau aku bukan PALAPES,
Takkan merasa jalan lasak by kompeni,
Sebut merentas halangan terasa sesak nafas..
Senjata digalas kupikul juga beg pack..
Tembok 6kaki punya pasal, sahabat kupijak,
Kegemaranku melepasi monkey rack,
Walau separuh mati kami teruskan jugak,
Kerana semangat sentiasa membakar!!


Kalau aku bukan PALAPES,
Entahlah aku pun tak tahu,
Masihkah ada aku yang dulu asyik kena buli…
Ataupun aku yang kini, akupun tak tahu,
Kalau aku bukan PALAPES..??? + - ÷×=???%²

= Buat  Squad Taring Wira Batch Commision 2007 di UiTM Shah Alam...akhirnya setelah 3 tahun berhempas pulas dengan kuliah dan training askar,gelaran Leftenan Muda yang ditunggu-tunggu telah dapat digengam sebagai habuan selama 3 tahun..semoga segala pahit manis menjadi satu bekalan buat kita menempuh kehidupan di luar sana...

Hari Pentauliahan Agung Pegawai Muda Palapes 2007

Ketibaan Yang Dipertua Agung
Menunggu menerimaan watikah Leftenan Muda
Pegawai-pegawai Muda baru ditauliahkan
Makan Malam Rejimental meraikan Pegawai Baru

6 comments: