- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

Sunday, March 20, 2011

KUCHING,SARAWAK ( Miaw Miaw City)

Actually,pada 11-14 March yang lepas,daku baru balik dari melawat negeri sarawak,tumpuan di Kuching..so,i made this post to give info and sharing sbgi panduan jika ada yg ingin plan ke Sarawak..bagi aku,3 hari memang tak cukup untuk explore semua di Kuching.Memang plan next time ingin kesana lagi,melawat tempat2 lain..so,dibawah ini tempat2 suggestions kalau ingin ke Kuching.yang kaler merah tu,tempat yg telah dilawat..next trip,yg kaler hitam tu mesti g..

Kawasan Dalam Bandar
-         Ikan Terubuk Masin Satok Market
-
         India Street
-
         Kilang Kek Lapis
-
         Kuching Waterfront
-
         Main Bazaar
-
         Muzium Kucing
-
         Muzium Sarawak
-         Taman budaya
-
         Pasar Minggu Satok
-
         Sarawak River Cruise
-
         Tua Pek Kong Temple( tgk kt luar ja)
-
         Kilang Pasu Batu 4 Kuching
-
         Muzium Islam
-
         Masjid Jamek Sarawak
-
         Taman Orkid
-
         Spring Shopping Complex
-
         Parkson Riverside Majestic
-
         Sarawak Plaza Shopping Complex
-
         Boulevard Shopping Complex
-
         Dewan Undangan Negeri
-         Pasar Batu 7

Kawasan  Luar Bandar
-        Kampung Budaya Sarawak
-        Kubah National Park
-        Matang Wildlife
-        Gunung Gading National Park
-        Jong's Crocodile Farm
-        Serikin (Sabtu & Ahad)
-        Wind Cave
-        Rumah Panjang Anah Rais
-        Pusat Orang Utan Sarawak
-        Bako National Park
-        Sungai Santubung ( boleh lihat ikan lumba2 sungai esp bulan 10-12)
-        Pantai puteri santubong
-        Pantai pasir pandak
-        Pantai sematan
-        Pantai Pandan
-        Pantai Rambungan
-        Tempat berkelah sungai Cina 
-        Tempat berkelah dan berkemah Kem Permai

Kereta Sewa @ with driver:( byk lg pengangkutan yg terdapat di Kuching,ini hy suggestion shj)
1) Jumat b Nen :016 856527
2) En Muhammad: 0146870107 / 0138883051
3) En amatjoe: 0128960679
4) Che mat : 0198846806
5) En Salleh : (dbsalleh@yahoo.com)
6) Hana : 0128952003
7) Lina: 016-8565653 atau 019-8274546 Hj salleh 

Senarai hotel budget di Kuching: 
1.  360 Xpress Citycenter Kuching *From MYR 84 
Wisma Phoenix, Jalan Song Thian Cheok, 93100 Kuching Malaysi 
2.  Lime Tree Hotel Kuching *From MYR 99 
Lot 317 Abell Road 93100 Kuching Malaysia  
3.  360 Urban Resort Hotel Tower B Kuching *From MYR 135 
Hock Lee Centre, Hotel Tower Jalan Datuk Abang Abdul Rahim 93450, Kuching Malaysia
 
4. Laila Inn Kuching ( price below RM100 per nite)
Lot 149 - 151, Jln atuk Ajibah Abol, 93400 Kuching, Sarawak Malaysia
5. Fata Hotel Kuching (price below Rm100 pernite)
1 Jln McDougall, 93100 Kuching, Sarawak Malaysia 
6. Hotel Ariff ( price below RM100)

atau taip jer hostelworld.com ,cari Kuching,Sarawak,Malaysia..byk hotel yg rate berapa anda inginkan..

so,inilah coretan sedikit sepanjang 3 hari haku ber'kampung' di Kuching.ada objektif yang tercapai,ada yg tak tercapai kerana hujan....let's explore:

Hari 1 ( Jumaat,11/3/11)
-sampai di Kuching International Airport,terus check in hotel di iTune Kuching jam 10 malam.Untuk yg nak budget ,hotel ni okey,rate dlm RM70 semalaman,tanpa aircond,kalu nak aircond,tmbh lg RM15 sehari,tp masih berbaloi..guna kipas pun dh sejuk kat situ..facilities memang okey,bilik pun memuaskan untuk yg nak budget,depan hotel Hilton,betul2 depan Waterfront..kira strategikla..

Hari 2 ( Sabtu,12/3/11)
pagi: ke Pasar Serikin,tu dia..rambang mata,lebih2 lagi murah dr Kl,siap ada seorg pembeli bgtau,dia br balik dr Bandung,rege kt Serikin lagi murah dr Bandung,cuma bandung choices lg banyak..tu dia,kalu gitu,xyah susah2 g bandung..mcm-mcm ada, kain sembahyang,tudung,brg2 kanak2,pakaian,kain sarung,kain pakaian pengantin,batik, dlm ertikata lain,mcm2 ada,dapat beli kain pasang sulam ni kat sempadan Kalimantan tu hanya dalam rate RM50-RM70 sepasang..lain kedai lain harga.tapi masih murah berbanding di KL,regenya lebih RM100..so,satu untuk aku,satu utk mama dan ma ku..leh wat raya..rugi plak tak beli byk2,leh jual kt cni...


petangnya kami cross sungai kuching ke seberang sungai,iaitu petrajaya atau tempat tersohor dgn kek lapisnya..dan juga makan makanan sarawak..best banget,,


naik sampan ke seberang dlm 50 sen ja

makanan di Kuching.must try-mee kolok,ayam penyet,laksa sarawk


Teh-C Special, pun must try,ada 4 layer,kt bwh gula melaka, pandan,susu dan teh,marvelous

 
Kek lapis yg dijual di Dayang Salhah,mcm2 perisa ada,rege dr RM10- RM25..perisa yg paling aku suka adalah Cadburry..


jalan2 sekitar bandar kuching

malam: berjalan2 sekitar waterfront..ada persembahaan org dayak dan iban..tak sempat nk snap gmbr,perut dh berbunyi,so snap makanan jer..

nasi kt tepi waterfront,makan bertemankan udara segar dr sungai Kuching


HARI 3 (AHAD 13/3/11)
Pagi: plan nak ke Jong Crocodile untuk lihat rangka bujang senang& Burung Kenyalang serta ke Semenggoh Orang Utan utk beri makan org utan,tp hujan..so kena wat plan B..agak bosan bg org 'adventour' mcm aku stay dlm building,teringin nk explore hutan dan fauna di Kuching,tp apakan daya..

di Muzium Negeri Sarawak,fosil ikan paus yg terdampar di pantai sarawak-


next ke muzium Kuching,dlm muzium ni ada patung,gambar kucing dll
                                        


ptgnya kami ke pantai santubung,airnya cetek sgt,tp tak bw baju mandi anakku,pantai santubung ni belakangnya adalah gunung santubung,di depannya pulau kera dan di hadapan pulau kera dan gunung santubung ada satu lg gunung iaitu gunung puteranya..cam segitigalah..Alkisah mengikut lagenda Sarawak,puteri santubung dan puteri sejinjang adlh kawan baik,kemudian berebut seorg putera..perbalahan mereka mengakibatkan rakyat sengsara,keadaan kucar kacir,negara musnah,lantas Raja menukarkan mereka bertiga menjadi gunung santubung,gunung putera (ada nama lain utk gunung ni) dan puteri sejinjang menjadi pulau kera..

malam: menikmati seafood di Restoran Top Spot,memang murah,ikan fresh,amik dr akuarium depan kita lagi..selalunya kalu makan hidangan kt bwh ni,maunya terbang RM100 lebih,tp hanya RM70 jer..
 - Menu makan malam, Jus Kedondong & Jus Oren,Tomyam campur,Lobster grilled with cheese,Ayam masak lemon,Ikan Kerapu sweet sour,Sayur masak Schenzen,memang puas hatilah-



Hari ke4( Isnin 14/3/11)
- check out from Tune hotel,kuching.sebelum balik,beli cenderamata..malam sblmnya,g jalan2 kt tepi Waterfront,tgk org pompuan beli mutiara,aku pun beli..mula2 plan nk beli utk adik dan pengasuh,last2 beli utk diri sendiri..well,mutiara ni ada 2 jenis,mutiara air tawar,dlm satu cengkerang,ada lebih dari satu mutiara,dan harganya lg murah berbanding mutiara air masin atau air laut dimana hanya ada satu mutiara dlm satu cengkerang.sbb itu regenya mahal ckit kot..kalu nk banyak pilihan,bleh g Main Bazar,juga di kawasan Waterfront..


cuci mata..

-Insyallah,next trip ke Kota Kinabalu dan Bangkok plak..







Tuesday, March 15, 2011

Isteri hanya daki di kulit ( copy from Mingguan Malaysia-13/3/11)

 

KADANG kala saya naik meluat dengan perangai sesetengah wanita yang tak habis-habis menangisi masalah keluarga. Ada kata suami ada kekasih, suami berpoligami, tak kurang juga yang kena dera secara mental dan fizikal. Semuanya masalah hati dan perasaan.

''Semua masalah disebabkan ada pihak berasa agihan kasih sayang tidak adil campur tangan orang ketiga, ditipu suami, keadilan memikul tanggungjawab yang terletak dibahu wanita sahaja. Peliknya walaupun perasaan mereka dilukai namun masih ramai wanita takut bertindak mempertahankan diri! Mengapa ini terjadi?'' tanya Puan Farahazwan dalam emelnya.

''Semua masalah itu tidak akan ada kesudahannya, selagi isteri tidak belajar bagaimana untuk mengatasinya. Mereka sedar semuanya berpunca daripada orang ketiga yang mendakwa jodohnya telah ditakdirkan. Orang ketiga mahukan kasih sayang. Dia pertahankan haknya tak kisahlah ada rumahtangga lain musnah asalkan hajatnya tercapai.

.''Namun yang buat saya terkilan bila ada isteri dan anak-anak jadi mangsa keganasan suami-suami yang berpoligami. Saya sedih sangat lihat masih ada isteri yang sanggup pertahankan badannya dipukul dan dihina kerana sayangkan suami. Wahai isteri, tolonglah jangan tunggu sampai anda dan anak-anak cacat baru hendak dapatkan pertolongan.

Pelindung
''Kalau suami yang anda harapkan menjadi pelindung sudah mula angkat kaki tangan memukul anda dan anak-anak untuk melepaskan kemarahannya, jangan bermimpi yang anda dan anak-anak selamat hidup dengannya. Tak payah tunggu! sila angkat kaki!
''Setiap kita ada pilihan, pilihlah untuk hidup sejahtera atau sebaliknya. Jangan takut dengan rezeki dan hari depan, serahkan kepada-Nya.

''Saya suka berikan pandangan dari beberapa situasi yang mungkin boleh kita fikirkan. Terpulanglah kepada anda memikirkan. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada tidak setuju. Iaitu tentang reaksi dan tindakan anda jika suami ingin berpoligami

''Pertama, benarkan saja. Terutamanya kalau suami anda berkemampuan lahir batin. Kerana kalau disekat, dia akan naik 'hantu' bila hasratnya dibantah. Ingat kepada Allah. Suami bukan hak kita. Hanya pinjaman. Mungkin sudah takdirnya dia ada jodoh lagi. Kuatkan semangat dan jangan susah hati. Berserah kepadaNya.
''Kedua, kalau suami tak minta berpoligami, tapi buat maksiat di belakang kita? Tindakan anda suruh dia kahwin. Cari borang kebenaran berpoligami dan deraf surat berjanjian supaya dia buat perjanjian tidak menganiaya anda dan beri nafkah anak anak.

''Buat maksiat memang seronok, sebab perisanya syaitan yang beri. Selagi tidak diikat dengan tanggungjawab, selagi itulah suami tak henti buat maksiat, jadi suruh dia kahwin. Jika dia suami yang bertanggungjawab pasti dia tak berani. Memang seronok buat maksiat tanpa tanggungjawab. Bila dah kahwin baru dia tahu langit tinggi atau rendah.

''Ketiga, jika anda tahu suami tak mampu berpoligami dan anda tak mahu bantu, bersedialah bercerai secara baik, tambahan jika suami sudah hilang rasa sayang terhadap anda. Langsung tak ada hati hendak pegang anda. Tak payahlah merayu-rayu. Lagi teruk jika dia anggap anda sudah tidak wujud dalam hidupnya. Maka anggaplah jodoh sudah habis.

''Tetapi berbincanglah baik-baik tentang masa depan anak-anak. Bersikap rasional dan beri keutamaan untuk mencari jalan penyelesaian tentang nafkah.

''Keempat, kalau suami jenis suka naik tangan kaki ke badan sampai cedera berdarah tunggu apa lagi, memang dah rezeki anda terlepas daripada genggaman suami zalim. Tapi sebelum itu simpan segala rekod dan bukti. Tuntut hak anda. Kalau suami jenis cepat 'meletup' segera dapatkan pertolongan sebelum anda maut.
''Memang banyak cabaran berumahtangga. Seronok hanya seketika semasa bercinta. Hari semalam dan hari ini tidak menjanjikan kesudahan yang baik untuk hari esok. Apa yang penting, lengkapkan diri dengan pengetahuan dalam berumah tangga, buka bank akaun simpanan anda sendiri demi masa depan. Ingat pesan orang tua-tua 'suami macam daki di kulit' bila-bila masa dia boleh buang anda.

''Jangan mengharapkan balasan daripada manusia atau suami anda. Tetapi, berilah yang terbaik sebagai seorang isteri dan ibu kepada suami anda. Anggaplah semua pengorbanan anda itu sebagai tanggungjawab dan komitmen anda sebagai hambaNya.

''Seperkara yang lebih penting dalam hidup kita, anda mesti bahagiakan diri anda dahulu. Jangan fikir hanya suami sahaja boleh membahagiakan anda. Anda boleh mencari kebahagian sendiri dengan menjadi insan yang baik dan beriman. Bila perasaan dan hati anda telah bahagian maka anda pasti dapat membahagiakan insan lain disekeliling anda.

''Jadilah manusia yang boleh memberi manfaat kepada manusia lain khususnya kepada ibu bapa sendiri dan perbanyakkan sedekah jika anda mampu. Kerana itulah yang lebih penting sebenarnya dalam menjalani kehidupan di dunia ini dan menjadi bekalan di akhirat.
''Jangan sesekali mengharapkan jika anda bahagiakan hidup pasangan anda, maka dia akan bahagiakan anda! Belum tentu!

''Lebih teruk jika anda memikirkan hanya wang boleh membahagiakan anda. Kadang kala bila suami banyak wang anda akan jadi lebih tidak bahagia. Begitu juga halnya jika anda cuba menambat hati suami dengan memberikan dia wang. Lagi banyak anda beri, maka lebih jauh dia tinggalkan anda setelah apa yang dihajati tercapai.'' Demikian nasihat Farahazwan panjang lebar kepada wanita yang tidak pernah belajar tentang erti sebenar kehidupan dalam berumahtangga.