- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

Friday, February 25, 2011

Bantulah adik Hairuman

dah lama dh nk tulis pasal adik hairuman ni,tp selalu terlupa..bila teringat adik ini terasa betapa beuntungnya hidup kita..

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu.Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak keempat daripa 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.





Dan sekarang,kedua-dua belah tangan dipotong dan diikuti kaki kirinya...

Lebih menyedihkan, anak muda ini adalah anak yatim piatu.Diusia muda, belum sempat beliau mengorak langkah membina kehidupan, musibah yang datang melenyapkan segala impian. Tiada ayah dan ibu sebagai tempat mengadu. Hanya kakak yang menjadi teman.
Bayangkan jika anda ditempatnya? Apa yang anda akan rasa?
Adakah masalah hidup kita lebih hebat dari penderitaan Hairuman yang kehilangan anggota tubuhnya?
Jadi, selagi kita masih hidup dan sempurna sifat, gunakanlah sebaiknya untuk mencapai cita-cita hidup yang diredhai Allah.Kaki yang ada, selalulah melangkah ke masjid.mulut yang masih boleh berkata-kata, ucaplah kata-kata mulia. Tangan yang masih mampu menyuapkan nasi ke mulut, ringan-ringankan untuk memberi pertolongan.
Sesungguhnya, ujian hidup Hairuman lebih hebat daripada kita. Namun, dia masih lagi boleh bersabar. Hanya tuhan sahaja yang tahu.
Jadi, kita bagaimana? Masih mahu merintih, menyesal dan rasa takdir hidup kita terlalu buruk? Fikir-fikirkan…




Disini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 0183807867 -Maryuni Bt Miskon

No Akaun :162030632448 Maybank

Alamat: no 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor

Aku Terima Nikahnya- Ustaz Hasrizal

tgk tajuk dia cam gatal nak kawen.but the truth is,this book is an invaluable tool for those who want to get married,or whom not married yet and in order to plan their wedding.1st time baca buku ni pada  17 Feb 2009..this book very practical guide from men perspectives..introduced by my colleague,  i read this book and asked my husband to read this book also..it’s about how we view the marriage is..how completely marriage in ISLAM..bagaimana nak mengemudi sebuah rumah tangga,so aku suggest kat member2 aku yg belum kawen atau nak kawen,bacalah buku ni.yg pasti this book is based on true story and experience..this is a few things that i picked from this book.

Real Love can be divided into 5 stages:
1)Era praperkahwinan
2)Di Ambang perkahwinan
3) Fantasia bulan madu
4) Menimang cahaya mata
5) Tempoh matang perkahwinan

Kesan perhubungan
di peringkat praperkahwinan,kita harus beringat terhadap kesan tindak tanduk utk jangka ms panjang.hidup sementara wahai sahabat..namun kesan amalan kekal selamanya.semakin lama kita bercouple,semakin byk dosa yg kita kumpul.setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit psgn yg kamu ghairahkan..ada api yg akan merentungkan,rentung yg tak mati ttp kekal derita &seksa.Sblm kamu sentuh seorg perempuan yg kamu angkat bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah,fikirkan kembali sakitnya ibunya mengeluarkan dr perut bersabung nyawa,sangup merisikokan mati demi melahirkan anak perempuan yg suci bagai kain putih,dan hari ini kamu muncul tiba2 dlm hidupnya mahu mencemarkan perempuan itu? Tergamakkah seorang lelaki yg dijadikan Allah sebagai pelindung wanita hanya kerana bertuankan nafsu..natijahnya masyarakat kita skrg sudah rosak krn terlalu ramai lelaki yg merosakkan wanita..sedangkan kekuatan sesuatu bangsa adalah kerana kesucian dan kekuatan wanitanya yg akan membawa zuriat ke dunia ini..lihtlah bagaimana zionis bersunguh2 membunuh wanita islam kerana mahu merosakkan umat Muhamad..tetapi bangsa melayu sendiri merosakkan bangsa mereka..

BERKAHWIN KRN TAKUT TERJEBAK HARAM?
Perkahwinan bukanlah utk menghalalkan apa yg dihalalkan sblmnya…perkahwinan ialah kombinasi cinta ,perasaan,keinginan dan tanggungjawab.Jika daya tahanmu lemah hingga menolak nafsu pun jadi masalah..dimana kekuatanmu utk memimpin keluarga,membina rumah tangga,&menjadi pembentuk msia berupa anak2.Banyak kes penceraian berlaku walau sudah mencecah 15-20 thn…
Sy sedih melihat pelajar yg berkahwin terutama sms belajar apabila mereka dikejutkan dgn berita kehamilan istri dlm keadaan tidak mempunyai kesediaan mental lantas mencetuskan pelbgi mslh.Bermula dr stress &kemurungan hgga membawa kpd mslh kewangan yg serius lg menjejaskn pelajarn.
krn cbuk dgn rutin kehidupn seharian,kita tanpa sedar mebiarkn identiti suami istri tenggelam.suami melihat istri sbgi ibu kpd anak2 & begitulah sebaliknya..pndgn istri &suami hilang tanpa sedar..Apa yg tggl hanya pndgn ibu &bapa melalui anak2 dlm perkahwinan.
“Knapa anta buat mcm tu? tak syg istri ke? apa salah dia?” sy bertanya kpd seorang rakan.Beliau memsg cinta kedua diblkg istri yg suatu ketika dulu digilainya..”entahlah,jemu barangkali”..saya tergamam..alasanya senang sekali ..istri & anak2 yg sempurna itu tidak lg mendtgkn bahagia ats sbb JEMU.. “hei,jemu anta kata? habis dgn org br anta tak akan jemu ke? hari ini seronoklah,segala2 cinta.Tanggungjwb belum msk dlm cinta”, sy panas hati.Memg sy terganggu dgn kisah rakan seorg ini ttp sy mengambil iktibar &peringatan.Bahawa dlm sebuah r/tgga psgn beranak 3,ibubapa & anak bukanlah segalanya.selama mana sekalipun bahtera r/tgga belayar,suami istri tetap ada.Jangan biarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian.

Quotes:
1)..Terimalah seseorang seadanya,kebaikannya disyukuri,kekurangannya diredhai..
2)..Pertunangan suatu komitmen yg belum pasti,ia mungkin berakhir dgn perkahwinan,boleh juga tamat pd kesudahan yg tidak diharapkan..
3)..Apakah perkahwinan kita kekal sampai hari mati,atau gerhana di tengah jalan atau sekadar sampai le anak cucu dan kemudian bercerai bertemankan uban &kedut wajah?..
4)..kehidupan berumah tangga,tidak mengizinkan kita utk mbuat keputusan menurut pertimbangan sendiri…
5)..Jangan pandang isteri dgn pandangan mata yg kering,atau pandangan akal yg gersang,jauh skali pandangan nafsu..ttp pandanglah dr pandangan hati yg hakiki…
6)..Sunahkah meramaikan anak? manakah yg lebih utama,mengejar galakan Islam meramaikan anak atau memastikan anak2 dpt dibesarkan dgn selamat di fitnah akhir zaman ini?tidak semua wanita islam yg beranak boleh melahirkan umat MUHAMAD..
7)..Anak2,jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda.Kasihnya kadang2 tidak samapi ke makam ayah &bonda..
8)..suami yg tidak berjihad tidak akan berpeluang merasa sakitnya seorg istri ketika melahirkan anak..
9)..jika mahu anak mendgr kata,belajarlaj utk mendgr pndgn anak2..
10)..jgn dimatikan kebolehan anak2 dgn kemalasan ibubapa..
11)..anak2 kita mgkn gagal mengikut kata2 ibubapa,ttp mrk tidak akan gagal meniru perangai &tgkh laku kita..
12)..belajar menerima teguran anak2,agar teguranmu diterima..
13)..memberi mesti dgn kasih sayang,tanpa kasih sayang,memberi adalah beban & benci..

Melihat perkahwinan sbg medan menerima menjdkn kita sering gelisah &hidup mminta-minta,ttp Melihat perkahwinan sbg medan memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yg tidak berkesudahan..

Thursday, February 24, 2011

antara kemarahan dan pengajaran

Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Pengajaran daripada cerita:

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...."

Friday, November 26, 2010

Nigerian Penipu..

gini ceritanya,hari tu ada lah aku publish satu adv psl baju office wear kt mudah.my.nak dijadikan cerita ader satu minah UK,konon berminat psl baju tu,nak hantar kt member dia kt Nigeria..aku rasa pelik,tp bila dia beria2 e-mail aku,aku pun okeyla...
kat bwh ni ada sedutan e-mail,walau english aku berterabur,tp layanla juga..huhu


FROM: JANET STONE


Hi
thanks for the mail i you can give me any bank details my bank here ROYAL BANK OF SCOTLAND can transfer money international and is a friend of mine that told me about mudah.my


FROM: ME


hi..sorry take so long to reply...by tha way,i never posted any items out of Malaysia..if you really serious to buy this,i will try...Can i know which bank u want to transfer? and where did you see this advertisement? tq

FROM: JANET STONE


Hello Seller,
but i will not be sending the item to me here in Uk am sending it to my Boss Child at west africa i will like you to send me the total cost of the item with the shipment cost via ems post. i will be making your payment via Bank to Bank Transfer.
Thanks

FROM: ME
still in good condition..i used it only once,condition 9.5/10...where do u live?

FROM; JANET STONE

 
Hello Seller,
is your item still available for sale and still
in good condition.
Thanks.
Mrs Janet(UK)


then,aku hampir nk send brg..coz aku nk clear brg used item..aku dpt kol dr pos office KL,bgtau ada scam dr Nigeria...diorg ni konon2 guna bank utk pending tansfer,suh aku scan recepit post,aku yg hampir ditipu pegila scan receipt post tu..

(Yang ni email dr bank,rasanya dr geng diorg gak)
Dear Valued Customer:Wan Nurnabila Wan Muhamad Sabri
  
        Thanks for contacting us we have received your shipment scan receipt and it has been transferred to the investigation unit once they get back to us that the

shipment is valid we proceed with the remittance of your money into your account as soon as they send us a validation of the shipment. And more so we want to

inform you that your money is still with us and secure.

Smith Ben,

Transfer Department.
2001-2010  Royal Bank of Scotland,16 London Road Forest Hill, LONDON, SE23 3JA




pergh,siap bg kad kuasa lagi.konon nk bg aku percaya.
alkisahnya..Royal bank of scotland ni mcm2la cekadaknya..nak msk dlm investigation unit br kena transfer,amik ms 24 hours,pahtu bgtau kt cna tgh weekend,xleh process...so,kena hantar barang dulu,sedangkan payment masih lg 'pending'...aku pun hampir percaya,g la hantar barang..nasib baik ada pekerja pos ofis telefon tanya pengesahan hantaran..bgtau byk kes hampir sama dgn aku,barang hantar semasa payment masih 'pending'...semoga ALLAH membalas jasa baikmu..so aku suh post office tu return balik brg aku...then aku reply balik kt minah 'hitam ' tu:

 FROM: ME
Dear Janet:
i'm so sorry that i'm cannot proceed with the shipment.I got a call from Royal Malaysian Customs Department that there is a scam in Nigeria.So ,i need to change the payment method by using PayPal.I will proceed with the shipment after i get a statement from paypal about the payment.If you agree,pls let me know.Sorry for inconvenient...TQ
 


ingatkan tak reply..haha...
FROM: JANET STONE

Why you can not proceed with
The shipment you lie to the bank
Before because they told me that
You have scan them receipt before
Are you lying or what how can I trust you
Nigeria is not scam my boss child
Studies there no scam you must lie stop
I have paid to my bank
They have remove there bank charges

Now I must report to the police here
Or send the bank charges to me back


memang kau penipu,tapi ko tak dapat tipu aku...pahtu tuduh aku penipu lak..sapa yg sebenarnya tipu sapa..aku bc org yg prnh kena tipu,diorg ni suh post dulu brg ke Nigeria,konon nk bg kat adik tirila,bapak tiri,makcik angkatla...bank dr USla,UKla..then guna duit sendiri post brg,smpi kt NIGERIA,konon tak dpt transfer duit,brg sangkut kt KaStam cna,sedangkan dh dpt dh item..skali aku ugut dgn Paypal..coz using paypal ni leh detect system kalau salah seorg wat problem...

haha...skali dia hantar e-mail sedih plak..

FROM: ME


I still waiting from HQ Royal Bank of Scotland. i've forward your bank statement
to them to verify it. No charge will remove from your acc until the transaction
have been made. Item only will  be shipped until the payment is clear. TQ



FROM: JANET STONE
 
But why do you lie that the
Shipment is done.why you lied


FROM: ME

i never lied.the shipment have been made,but i got a called from my friend in Customs Department said that i have to be careful with the internet bussiness as long as i did'nt get my payment,i have to check the status from the Bank and the courier need to pending the shipment first.Now i have contacted the Royal Bank of Scotland. and i got many e-mails about the spam. If you really want this item,please pay first. I never lied to my customer before. And the procedure is same,pay first,then i will deliver the item.if you not trust me,you can use Paypal to proceed.Because,once you really pay,if i'm not shippg the item,they can detect me.TQ

memang penipu...so hati2lah...ini mmg jadi pengajaran utk aku.... then aku send e-mail kt Royal Bank of Scotland ( yg betul pyer),ty psl benda ni...pihak bank reply...BINGO

leh compare e-mail Royal Bank of Scotland yg betul dan yg tipu..This is original email from RBS
 
RE: RBS.co.uk Website: Other Enquiry
From
 Retail WEB Enquiries
...
View Contact
To:izebelle_sabriha@yahoo.com

Dear Mrs Sabri,

Thank you for your message received via the feedback section of the

rbs.co.uk website.

The scenario described is consistent with
advance fee fraud and it
appears that you are the intended victim. Advance fee fraud is a well
known scam that originated in West Africa and in its simplest form the
fraudster will offer to facilitate the receipt of a sum of money or
loan, providing a fee is paid in advance to cover certain expenses and
fees. Documentation with false letterheads are always presented as an
attempt to authenticate the transaction. I have attached a link to the
Metropolitan police website that explains this type of fraud in more
detail - http://www.met.police.uk/fraudalert/419.htm

We recommend that you cease all communication with the individuals
concerned, report the matter to your local Police and urge you not to
send any money if requested to do so.

We would like to thank you for taking the time to bring this matter to
our attention.

Yours sincerely

D Smith
Royal Bank of Scotland
plc 



http://www.mazidulakmal.com/2011/05/nigerian-parcel-scam-terbongkar-lagi.html

Ingatkan settle dah,sekali dia hantar email nak hantar ilmu hitam..giler apa ke org..marah giler coz aku sebarkan email dia suh hati2 kat blog2 yg lain...

Wednesday, May 26, 2010

Andai cinta makin hilang

Untuk renungan bersama….

Suami saya adalah seorang account director sebuah advertising agency, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan yg dia selalu tiada di rumah dan sibuk bekerja..

Saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.

Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? isu sebegini penting pun tidak diambil serius olehnya.. saya bertambah kecewa..

Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, jawapan Abang sama dengan jawapan yang ada dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai dan sangat mahukan sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh melalukan tugas dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki dan belakang badanSiti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami supaya SIti boleh tersenyum gembira."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Siti selalu penat selepas balik kerja atau melakukan kerja-kerja rumah, dan Abang tawarkan Siti peha Abang untuk Siti meletakkan kepala Siti dan berehat sambil Abang usap-usapkan kepala Siti agar dapat melegakan lelah Siti."

"Abang sentiasa menawarkan bahu Abang sebagai tempat untuk Siti menangis melepaskan perasaan kerana dalam pelukan itulah Siti akan cepat tenang dan redakan perasaan Siti yang tengah gundah dan sedih itu. Bahu Abang jugalah tempat untuk Siti bergantung harapan dan berkongsi saat-saat suka dan bahagia.. Suka-duka Siti, dibahu Abang jugalah Siti mendarat.."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata, peha, bahu Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki mata, peha dan bahu lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini bersama Abang, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

Tetapi, jika Siti tidak puas hati,sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

>> > Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.

Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti butterscoth kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

HARGAILAH SESIAPA JUA YANG MENYINTAI DIRI ANDA....

KERANA... HANYA YANG MENYINTAI DIRI KITA YANG AKAN RELA BERKORBAN APA JUA UNTUK DIRI KITA.....SEMOGA BERBAHAGIA..."

Sunday, February 21, 2010

BAHAYA SARDIN DLM TIN

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakankebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam
lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar.
Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar,
rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak
perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan
kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan
sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat
sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun
tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya
berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa
berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas
memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu
ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan
tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk
ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah
guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana
sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan
sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang
bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka
makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin.
Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang
dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin
dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia
lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua
tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang
mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3
malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang
ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini
dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut
selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang
ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan
sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya
ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam
tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan
ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya,
bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila
mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin?
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan
bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang
terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di
dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba
Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke
rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan
mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang
sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah
memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok
mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal
40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang
perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti
fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.
Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak
ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-
pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan
sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan
kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia
akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan.
Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam
rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah
seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak
keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan
sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya
ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini,
sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat
ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa
dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan.
Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan
ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba
Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan
syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah
ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak
sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba
lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara
yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas
itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka
ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah
pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah
dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor,
fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin dan sebarang jenis produk dalam tin.

SUMBER ; HALAQAH.NET

PERINGATAN KPD IBU-IBU SEKIRANYA SHOPPING

Ini adlh e-mail yg dpt dr member:renung-renungkan....

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara.

Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah.
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !