- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

Saturday, August 6, 2011

Bakal Tunang hadir Majlis Pertunangan di Kelantan& Terengganu?

Salam Ramadhan buat rakan2 sekalian...
Just post kali ni jadi hangat bila kes Khairul Fahmi Che Mat dan Elia putus tunang,berbondong2 post berkenaan mereka menjadi hangat dan panjang lebar..

tapi post saya kali ini bukan kepada mereka berdua,tapi kepada pengamaatanku kepada remaja sekarang..

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil) – sumber : saifulislam.com

Maksudnya disini,bukan kita perlu menafikan jika ditanya tentang pertunanagn,cukuplah mengiakan dan berpada2...dlm erti kata yg lain,majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga dan org terdekat,tak perlu beriya mencanang..apabila sudah diakad dan menjadi hak milik sang suami,bolehlah dihebahkan,namun masih perlu berpada...dugaan waktu pertunanagn sgt besar dan sering mengundang niat jahat org yg iri hati..

Bebalik pada tajuk di atas,seorg teman saya dari luar pantai timur,bertanya kenapa org bertunang sekarang,tunang lelaki datang kerumah org perempuan..dh jadi tradisi...? setahunya ini dr Kelantan & Terengganu...Aku jawab,memang betul,ini adalah tradisi kebanyakan rakyat Terengganu dan Kelantan..
Bg saya,tak salah kalau tunang lelaki datang ke majlis pertunangannya sendiri...lagi baik berjumpa dgn buah hati dihadapan kaum keluarga daripada berjumpa secara senyap2 dibelakang...

 Rasulluah SAW ada menyebut diperintahkan oleh Nabi SAW, iaitu agar lelaki hendaklah melihat wanita yang hendak dilamar sebagai mana dalam sebuah hadis yang bermaksud "Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda SAW seraya berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan Ansar." Lalu Nabi SAW bertanya, "Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum." Baginda SAW menjawab, " Pergilah engkau melihatnya, kerana pada mata orang-orang Ansar itu (biasanya) ada sesuatu (cacat). (Riwayat an-Nasa'I no.3247).

Yang agak keterlaluan mungkin kalau ada acara menyarung cincin yg melibatkan org bukan muhrim dan berduaan di pelamin...Di Kelantan dan Terengganu masih dijaga batas agama,ayah tunang perempuan akan menyarungkan cincin kepada tunang lelaki,dan ibu tunang lelaki akan menyarungkan cincin kpd bakal menantunya..yg menjadi masalah jika org bukan muhrim yg menyarungkan cincin..hatta datuk atau nenek sekalipun...

Dalam Islam, Bertunang hanya adat...bukan benda yg wajib..tak kisahlah tunang lelaki nak dtg atau tidak,yg penting batas agama mesti dijaga...janganlah tunang lelaki yg menyarungkan cincin kepada tunang perempuan atau emak/nenek pihak perempuan menyarungkan cincin ke tunang lelaki..dosa tetap dosa...dan selepas majlis pertunangan,bergambar bersentuh tangan...berpeluk dan berpegangan tangan..

Teringat satu cerita,seorang Lelaki British bertanya kepda seorg ahli agama :
Lelaki British; kenapa wanita islam dilarang bersalam dgn lelaki bukan muhrim
Ahli Agama: Bolehkah kau bersalam dgn Queen Elizebeth?
Lelaki British : Sudah tentu tidak boleh,hanya org tertentu shj yg boleh..
Ahli Agama : Begitulah wanita Islam..mereka adalah Ratu...dan Ratu tidak boleh bersalaman dgn lelaki asing

Seorang ustazah pernah memberi tahu, " orang yg suka expose ni, dugaannya kuat dari ALLAH SWT"..maksudnya,suka menunjuk tentang life..ibarat cerita dlm kain pun mahu dijaja di intenet..zaman sekarang ni,kepesatan intenet lebih mendatangkan keburukan...apabila hal boyfren,tunang,suami atau isteri dijaja di blog2,di facebook,twitter atau apa sahaja,,Maaf,saya pun bukan sempurna,kalau ada terlepas satu dua perihal hidup saya..seboleh2nya saya cuba untuk kontrol diri dr meng'expose' supaya org tidak meluat..

Lagi kisah benar yang berlaku,bukan mahu membuka pekung,tetapi sebagai pengajaran..kisah seorg wanita yg terlalu mengangungkan suaminya,sampai dia terlupa suaminya bukanlah tuhan..dicanangkan kebaikan dan kesetiaan sang suami...di ceritakan betapa bhagianya hidup bersama suaminya,seolah2 suaminya sempurna dihadapan rakan2,jiran tetangga,dll...namun,salah seorang sahabatnya yang masih isteri org menaruh harapan pada sang suami kerana diberitahu sgt bahagia,sedangkan hidup sang sahabat ini tidak bahagia bergelar isteri...tidak lama kemudian,sahabat perempuan ini bercerai dan berkahwin dgn suami si perempuan ini...Masyallah,yang menyedihkan lagi,perempuan ini diceraikan dgn talak 3.. Nauzubillah...

Satu pengajaran dari kisah ini, Wanita dikurniakan sifat Malu..sifat malu tidak tertakluk kpd tingkah laku semata2,Kebaikan suami perlu si isteri sahaja yang merasakannya..bukannya dikongsi dgn orang lain..inilah perihal Malu dalam menjaga hal rumah tangga ...

Majlis Perkahwinan yg dilangsungkan juga seharusnya berpada2 dan jgn mengundang negative org..kebanyakan majlis perkahwinan sekarang lagi besar dan meriah dari majlis akad nikah..yg ini saya agak confius,sedangkan akad nikahlah bermulanya status suami ister... kadang2 psgn pengantin lebih mahu menunjuk majlis perkahwinan sehinggakan lupa niat dan asas sebuah perkahwinan...ingatlah,tetamu yg dtg akan mendoakan bakal pengantin...tetapi kalau ada yg menyampah dgn persiapan yg bagai nak rak dan berbagai,lebih kepada menunjuk...takut akan mendoakan pengantin sebaiknya..tak semua manusia sukakan kita..ada yg tikam belakang,depan nampak baik,tp belakang..nauzubillah..bukan nak berprasangka,tapi saya bercakap melalui pengalaman hidup..

Mungkin akan ada yang berkata "Eleh,ko tak buat macam tu sudahla,janganlah nak kutuk orang"..atau "eh,majlis aku,suka hati akulah..ada aku mintak duit kau?" atau juga "Ko tu bagus sangatke."

Tidak..tidak sama sekali.Saya bukan orang yang sempurna.Sangat banyak kelemahan,dan saya mengaku saya juga bergambar dengan tunang saya (sekarang suami saya ) seperti pasangan yang lain.
Ini sekadar luahan hati sahaja..

SAYA BUKAN AHLI AGAMA TETAPI SAYA ADA AGAMA..
WASSALAM..

Wednesday, August 3, 2011

Baked Time

Dulu,salah satu favouriteku masa di Jengka adalah membuat kek..
So,ada pic hasil air tangan dan kakiku..hikhik

Oreo Chilled Cheese Cake
Bahan2nya:
Untuk base
• 20 kpg biskut oreo yg sudah dibuang cream kat tgh (dikisar hancur)-i guna digestive biskut beli kat tesco
• 30 gm butter (dicairkan)
• Fresh milk ( sendiri budget)
Cara nye : Biskut n butter cair digaul sebati dan dimasukkan kedalam acuan dan ditekan sehingga padat .. sejukkan selama 30 minit didalam peti ais sehingga sedia utk digunakan.

Bahagian atas
• 125 gm cream cheese
• 400ml susu pekat - ikut kemanisan masing-masing
• 120 whip topping cream or plain yogurt( 11/2 cup)
• 6gm gelatin (halagel)- 2 1/2 tbsp gelatin**
...• 50ml susu cair - leh guna air saje
• 1sk lemon juice
• 10 keping biskut oreo yg sdh dibuang cream kat tgh (dipatah2 kan saje)
Caranya
1. Cairkan gelatin bersama susu segar sehingga hancur n sejukkan
2. Whip topping cream dipukul sehingga kental dan biarkan ..
3. Creamcheese dipukul sehingga gebu n masukkan susu pekat dan item no.1 .. pukul sehingga sebati ..
4. Kemudian masukkan lemon juice, biskut oreo dan item 2 .. kacau secara kaedah kaup balik sehingga bercampur rata ..
5. Tuangkan adunan kedalam bahagian base n disejukkan selama 3 jam / seeloknya semlman..
Strawberry Cheese Cake
 Yang strawberry ni sedap ( ceh,puji diri sendiri plak),coz base dia dr kek span vanilla (resepi leh cari sendiri),berbanding yg Oreo,hy pki biskut utk base..

Brownies Cheese Cake
Yang ni walaupun rupanya kureng ( coz garing sikit atas dia) tp rasa takde masalah..biasalah,first time wat..

Bahannya:
Lapisan bawah
120gm mentega
150gm semi-sweet coklat ( guna coklat masakan biasa )
2 sudu besar golden syrup ( guna 1 sdb gula pasir )
2 biji telur size A (dipukul)
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek ( guna tepung superfine/bluekey )
1/2 sudu teh serbuk penaik

Lapisan Cheese
250gm cream cheese
100gm gula halus
1 biji telur

Cara membuatnya:
1. Cairkan coklat dan mentega.Biarkan sejuk.
2. Pukul telur hingga kembang dan sedikit demi sedikit tambah golden syrup dan campuran coklat mentega tadi.
3. Kemudian tuang campuran tepung dan serbuk penaik. (Tinggalkan satu senduk untuk buat hiasan marble atas lapisan cheese).
4. Tuang campuran ke dalam acuan 6"x9"x2".Bakar pada suhu 180c (ikut jenis oven masing2) selama 10 minit.
5. Tuang lapisan keju ke atas lapisan kek yg sudah masak.
6. Tuangkan campuran yg lebih itu ke atas inti keju dan bentukkan corak marble.
7. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga masak .
8. Sejukkan dalam peti sejuk untuk rase yang lebih mavelles


Dark Chocolate Indulgence
Banana Chocolate Chips Muffins
My First Time Cupcakes
Cupcakes sempena perpindahanku