- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

Wednesday, August 3, 2011

Baked Time

Dulu,salah satu favouriteku masa di Jengka adalah membuat kek..
So,ada pic hasil air tangan dan kakiku..hikhik

Oreo Chilled Cheese Cake
Bahan2nya:
Untuk base
• 20 kpg biskut oreo yg sudah dibuang cream kat tgh (dikisar hancur)-i guna digestive biskut beli kat tesco
• 30 gm butter (dicairkan)
• Fresh milk ( sendiri budget)
Cara nye : Biskut n butter cair digaul sebati dan dimasukkan kedalam acuan dan ditekan sehingga padat .. sejukkan selama 30 minit didalam peti ais sehingga sedia utk digunakan.

Bahagian atas
• 125 gm cream cheese
• 400ml susu pekat - ikut kemanisan masing-masing
• 120 whip topping cream or plain yogurt( 11/2 cup)
• 6gm gelatin (halagel)- 2 1/2 tbsp gelatin**
...• 50ml susu cair - leh guna air saje
• 1sk lemon juice
• 10 keping biskut oreo yg sdh dibuang cream kat tgh (dipatah2 kan saje)
Caranya
1. Cairkan gelatin bersama susu segar sehingga hancur n sejukkan
2. Whip topping cream dipukul sehingga kental dan biarkan ..
3. Creamcheese dipukul sehingga gebu n masukkan susu pekat dan item no.1 .. pukul sehingga sebati ..
4. Kemudian masukkan lemon juice, biskut oreo dan item 2 .. kacau secara kaedah kaup balik sehingga bercampur rata ..
5. Tuangkan adunan kedalam bahagian base n disejukkan selama 3 jam / seeloknya semlman..
Strawberry Cheese Cake
 Yang strawberry ni sedap ( ceh,puji diri sendiri plak),coz base dia dr kek span vanilla (resepi leh cari sendiri),berbanding yg Oreo,hy pki biskut utk base..

Brownies Cheese Cake
Yang ni walaupun rupanya kureng ( coz garing sikit atas dia) tp rasa takde masalah..biasalah,first time wat..

Bahannya:
Lapisan bawah
120gm mentega
150gm semi-sweet coklat ( guna coklat masakan biasa )
2 sudu besar golden syrup ( guna 1 sdb gula pasir )
2 biji telur size A (dipukul)
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek ( guna tepung superfine/bluekey )
1/2 sudu teh serbuk penaik

Lapisan Cheese
250gm cream cheese
100gm gula halus
1 biji telur

Cara membuatnya:
1. Cairkan coklat dan mentega.Biarkan sejuk.
2. Pukul telur hingga kembang dan sedikit demi sedikit tambah golden syrup dan campuran coklat mentega tadi.
3. Kemudian tuang campuran tepung dan serbuk penaik. (Tinggalkan satu senduk untuk buat hiasan marble atas lapisan cheese).
4. Tuang campuran ke dalam acuan 6"x9"x2".Bakar pada suhu 180c (ikut jenis oven masing2) selama 10 minit.
5. Tuang lapisan keju ke atas lapisan kek yg sudah masak.
6. Tuangkan campuran yg lebih itu ke atas inti keju dan bentukkan corak marble.
7. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga masak .
8. Sejukkan dalam peti sejuk untuk rase yang lebih mavelles


Dark Chocolate Indulgence
Banana Chocolate Chips Muffins
My First Time Cupcakes
Cupcakes sempena perpindahanku

No comments:

Post a Comment