- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

- that's me:anak,ibu,isteri,pelajar,guru,academician-

Friday, July 26, 2013

Come Back post!!

Holaa...almost 1 year I left my blog..now I return..wallawei..dh tahap bersarang dh blog ni..too busy with school,and preparation for Math T..plus I gave birth to my doter last year..maybe itu yg menyebabkan passive..never mind,lepas ni blog ni akan diserikan dgn Nota,soalan2 dh apa2 bahan yg membantu pelajar untuk MATH T Pra-U..before that,let me introduce my little dudly princess..born at KBMC on 06/09/2012..almost 10months rite now..



1st day

1st day
 
 
Day 4
 
 
4months
 
 

8 months




okey,done for that..now we continue to business..nantikan post yg seterusnya..skrg ni tgk cuba utk hasilkan module for this new modular systems...seems like tutorial notes..hope my work will success..ADIOS..





Tuesday, January 31, 2012

Homemade Chocolate Class

Bertarikh 9 Disember 2011 yg lalu,daku telah menghadiri kelas membuat coklat di sekolahku..chef yg mengajar juga member seperjuangan..layan jer la gambar2 semasa kelas diadakan..
Introduction oleh chef

dressing..

DAN HASILNYA...

Panachota Coklat with Kiwi
TRuffle Coklat: dalamnya moist chocolate kek..

Tat Coklat


Kepingan Coklat





Dah habis dah kelas membuat coklat,so pahni leh buat sepuas hati..tapi en suami request utk masakan Barat...means kena cari kelas atau chef dari hotel2...insyallah,next cooking class kena jelajah buat western food,french food dll....

ADIOS,AMIGOS....



Tuesday, December 20, 2011

Tahun 2012-SSM ke SBPA

Tahun 2011 akan melabuhkan tirai tidak berapa lama lg..maknanya sudah 2 tahun aku mengajar ting 6 dan setahun mengajar Math T...akhirnya aku berjaya melepasi waktu kritikal yg dikatakan susah semasa mengajar silibus form 6..tapi perlu ambil masa 5tahun utk lebih 'pakar' dlm mengajar subjek ini..tahun ini adalah tahun pertama daku mengajar utk peperiksaan besar iaitu STPM...rasa cuak amat tinggi kerana bimbangkan prestasi subjek pelajar Upper 6 tahun ini...semoga semua pelajar ku dpt menjawab STPM tahun ini dgn cemerlang..

Well,pengumuman penyelarasan gaji baru penjawat awam sedikit sebanyak membangkitkan semangat utk 2012...time-based guru dikurangkan dari 10 thn kpd 8thn shj...dan kenaikan gaji bg DG 41 atau DG1-1 sbyk RM230 setahun berbanding RM90 sblm ini...Alhamdulilah..Semoga ini dpt meningkatkan pencapaian dan prestasi pendidik..



Cara pengiraan jadual gaji ni aku dapat tahu dr seorg ketua jabatan kerajaan yg berpangkat Pengarah,dimana beliau telah menghadiri mesyuarat atau taklimat SBPA di Kuala Lumpur minggu lepas..

Contoh:
let say gaji pokok SSM utk Disember 2011 gred DG41 P1T4 RM2238.55 dan kenaikan gaji baru pada 1 Jan..ambil nilai yg tinggi terhampir dlm jadual gaji ialah DG1-1 T3 RM 2385..kemudian tambahkan satu gred SBPA ke DG1-1 T4 RM 2615..jadi inilah gaji baru untuk Januari 2012..jika tersilap maafkan saya kerana ini apa yg saya dpt penerangan dr pegawai tinggi kerajaan..

Tapi dgr khabar utk mendapat kenaikan gaji SBPA ini perlu menandtangani opsyen 60 thn..apa2 benefit yg kita dpt,tentu ada pengorbanannya..

Bercakap mengenai tahun 2012,ada beberapa azam yg perlu aku laksanakan dgn tekad iaitu:
1. Tambahkan simpanan wang
2. Tambahkan simpanan emas
3. Jimatkan apa yg ada disekitar esp dr segi belanjawan
4. Buat tabung kecemasan iaitu antara RM50-100 sebulan,kalau tiba2 ada masalah keluarga atau kereta rosak...
5. Buat tabungan diri,utk rawatan muka atau badan..cukuplah RM50 sebulan..

Azam 2012 lebih kepada untuk simpanan dan berjimat cermat..cuba untuk kurangkan pembelian,kasut,pakaian atau barangan branded dan mahal2...cuba elakkan inflasi dan jangan membazir...Insyallah

Saturday, August 6, 2011

Bakal Tunang hadir Majlis Pertunangan di Kelantan& Terengganu?

Salam Ramadhan buat rakan2 sekalian...
Just post kali ni jadi hangat bila kes Khairul Fahmi Che Mat dan Elia putus tunang,berbondong2 post berkenaan mereka menjadi hangat dan panjang lebar..

tapi post saya kali ini bukan kepada mereka berdua,tapi kepada pengamaatanku kepada remaja sekarang..

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil) – sumber : saifulislam.com

Maksudnya disini,bukan kita perlu menafikan jika ditanya tentang pertunanagn,cukuplah mengiakan dan berpada2...dlm erti kata yg lain,majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga dan org terdekat,tak perlu beriya mencanang..apabila sudah diakad dan menjadi hak milik sang suami,bolehlah dihebahkan,namun masih perlu berpada...dugaan waktu pertunanagn sgt besar dan sering mengundang niat jahat org yg iri hati..

Bebalik pada tajuk di atas,seorg teman saya dari luar pantai timur,bertanya kenapa org bertunang sekarang,tunang lelaki datang kerumah org perempuan..dh jadi tradisi...? setahunya ini dr Kelantan & Terengganu...Aku jawab,memang betul,ini adalah tradisi kebanyakan rakyat Terengganu dan Kelantan..
Bg saya,tak salah kalau tunang lelaki datang ke majlis pertunangannya sendiri...lagi baik berjumpa dgn buah hati dihadapan kaum keluarga daripada berjumpa secara senyap2 dibelakang...

 Rasulluah SAW ada menyebut diperintahkan oleh Nabi SAW, iaitu agar lelaki hendaklah melihat wanita yang hendak dilamar sebagai mana dalam sebuah hadis yang bermaksud "Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda SAW seraya berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan Ansar." Lalu Nabi SAW bertanya, "Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum." Baginda SAW menjawab, " Pergilah engkau melihatnya, kerana pada mata orang-orang Ansar itu (biasanya) ada sesuatu (cacat). (Riwayat an-Nasa'I no.3247).

Yang agak keterlaluan mungkin kalau ada acara menyarung cincin yg melibatkan org bukan muhrim dan berduaan di pelamin...Di Kelantan dan Terengganu masih dijaga batas agama,ayah tunang perempuan akan menyarungkan cincin kepada tunang lelaki,dan ibu tunang lelaki akan menyarungkan cincin kpd bakal menantunya..yg menjadi masalah jika org bukan muhrim yg menyarungkan cincin..hatta datuk atau nenek sekalipun...

Dalam Islam, Bertunang hanya adat...bukan benda yg wajib..tak kisahlah tunang lelaki nak dtg atau tidak,yg penting batas agama mesti dijaga...janganlah tunang lelaki yg menyarungkan cincin kepada tunang perempuan atau emak/nenek pihak perempuan menyarungkan cincin ke tunang lelaki..dosa tetap dosa...dan selepas majlis pertunangan,bergambar bersentuh tangan...berpeluk dan berpegangan tangan..

Teringat satu cerita,seorang Lelaki British bertanya kepda seorg ahli agama :
Lelaki British; kenapa wanita islam dilarang bersalam dgn lelaki bukan muhrim
Ahli Agama: Bolehkah kau bersalam dgn Queen Elizebeth?
Lelaki British : Sudah tentu tidak boleh,hanya org tertentu shj yg boleh..
Ahli Agama : Begitulah wanita Islam..mereka adalah Ratu...dan Ratu tidak boleh bersalaman dgn lelaki asing

Seorang ustazah pernah memberi tahu, " orang yg suka expose ni, dugaannya kuat dari ALLAH SWT"..maksudnya,suka menunjuk tentang life..ibarat cerita dlm kain pun mahu dijaja di intenet..zaman sekarang ni,kepesatan intenet lebih mendatangkan keburukan...apabila hal boyfren,tunang,suami atau isteri dijaja di blog2,di facebook,twitter atau apa sahaja,,Maaf,saya pun bukan sempurna,kalau ada terlepas satu dua perihal hidup saya..seboleh2nya saya cuba untuk kontrol diri dr meng'expose' supaya org tidak meluat..

Lagi kisah benar yang berlaku,bukan mahu membuka pekung,tetapi sebagai pengajaran..kisah seorg wanita yg terlalu mengangungkan suaminya,sampai dia terlupa suaminya bukanlah tuhan..dicanangkan kebaikan dan kesetiaan sang suami...di ceritakan betapa bhagianya hidup bersama suaminya,seolah2 suaminya sempurna dihadapan rakan2,jiran tetangga,dll...namun,salah seorang sahabatnya yang masih isteri org menaruh harapan pada sang suami kerana diberitahu sgt bahagia,sedangkan hidup sang sahabat ini tidak bahagia bergelar isteri...tidak lama kemudian,sahabat perempuan ini bercerai dan berkahwin dgn suami si perempuan ini...Masyallah,yang menyedihkan lagi,perempuan ini diceraikan dgn talak 3.. Nauzubillah...

Satu pengajaran dari kisah ini, Wanita dikurniakan sifat Malu..sifat malu tidak tertakluk kpd tingkah laku semata2,Kebaikan suami perlu si isteri sahaja yang merasakannya..bukannya dikongsi dgn orang lain..inilah perihal Malu dalam menjaga hal rumah tangga ...

Majlis Perkahwinan yg dilangsungkan juga seharusnya berpada2 dan jgn mengundang negative org..kebanyakan majlis perkahwinan sekarang lagi besar dan meriah dari majlis akad nikah..yg ini saya agak confius,sedangkan akad nikahlah bermulanya status suami ister... kadang2 psgn pengantin lebih mahu menunjuk majlis perkahwinan sehinggakan lupa niat dan asas sebuah perkahwinan...ingatlah,tetamu yg dtg akan mendoakan bakal pengantin...tetapi kalau ada yg menyampah dgn persiapan yg bagai nak rak dan berbagai,lebih kepada menunjuk...takut akan mendoakan pengantin sebaiknya..tak semua manusia sukakan kita..ada yg tikam belakang,depan nampak baik,tp belakang..nauzubillah..bukan nak berprasangka,tapi saya bercakap melalui pengalaman hidup..

Mungkin akan ada yang berkata "Eleh,ko tak buat macam tu sudahla,janganlah nak kutuk orang"..atau "eh,majlis aku,suka hati akulah..ada aku mintak duit kau?" atau juga "Ko tu bagus sangatke."

Tidak..tidak sama sekali.Saya bukan orang yang sempurna.Sangat banyak kelemahan,dan saya mengaku saya juga bergambar dengan tunang saya (sekarang suami saya ) seperti pasangan yang lain.
Ini sekadar luahan hati sahaja..

SAYA BUKAN AHLI AGAMA TETAPI SAYA ADA AGAMA..
WASSALAM..

Wednesday, August 3, 2011

Baked Time

Dulu,salah satu favouriteku masa di Jengka adalah membuat kek..
So,ada pic hasil air tangan dan kakiku..hikhik

Oreo Chilled Cheese Cake
Bahan2nya:
Untuk base
• 20 kpg biskut oreo yg sudah dibuang cream kat tgh (dikisar hancur)-i guna digestive biskut beli kat tesco
• 30 gm butter (dicairkan)
• Fresh milk ( sendiri budget)
Cara nye : Biskut n butter cair digaul sebati dan dimasukkan kedalam acuan dan ditekan sehingga padat .. sejukkan selama 30 minit didalam peti ais sehingga sedia utk digunakan.

Bahagian atas
• 125 gm cream cheese
• 400ml susu pekat - ikut kemanisan masing-masing
• 120 whip topping cream or plain yogurt( 11/2 cup)
• 6gm gelatin (halagel)- 2 1/2 tbsp gelatin**
...• 50ml susu cair - leh guna air saje
• 1sk lemon juice
• 10 keping biskut oreo yg sdh dibuang cream kat tgh (dipatah2 kan saje)
Caranya
1. Cairkan gelatin bersama susu segar sehingga hancur n sejukkan
2. Whip topping cream dipukul sehingga kental dan biarkan ..
3. Creamcheese dipukul sehingga gebu n masukkan susu pekat dan item no.1 .. pukul sehingga sebati ..
4. Kemudian masukkan lemon juice, biskut oreo dan item 2 .. kacau secara kaedah kaup balik sehingga bercampur rata ..
5. Tuangkan adunan kedalam bahagian base n disejukkan selama 3 jam / seeloknya semlman..
Strawberry Cheese Cake
 Yang strawberry ni sedap ( ceh,puji diri sendiri plak),coz base dia dr kek span vanilla (resepi leh cari sendiri),berbanding yg Oreo,hy pki biskut utk base..

Brownies Cheese Cake
Yang ni walaupun rupanya kureng ( coz garing sikit atas dia) tp rasa takde masalah..biasalah,first time wat..

Bahannya:
Lapisan bawah
120gm mentega
150gm semi-sweet coklat ( guna coklat masakan biasa )
2 sudu besar golden syrup ( guna 1 sdb gula pasir )
2 biji telur size A (dipukul)
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek ( guna tepung superfine/bluekey )
1/2 sudu teh serbuk penaik

Lapisan Cheese
250gm cream cheese
100gm gula halus
1 biji telur

Cara membuatnya:
1. Cairkan coklat dan mentega.Biarkan sejuk.
2. Pukul telur hingga kembang dan sedikit demi sedikit tambah golden syrup dan campuran coklat mentega tadi.
3. Kemudian tuang campuran tepung dan serbuk penaik. (Tinggalkan satu senduk untuk buat hiasan marble atas lapisan cheese).
4. Tuang campuran ke dalam acuan 6"x9"x2".Bakar pada suhu 180c (ikut jenis oven masing2) selama 10 minit.
5. Tuang lapisan keju ke atas lapisan kek yg sudah masak.
6. Tuangkan campuran yg lebih itu ke atas inti keju dan bentukkan corak marble.
7. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga masak .
8. Sejukkan dalam peti sejuk untuk rase yang lebih mavelles


Dark Chocolate Indulgence
Banana Chocolate Chips Muffins
My First Time Cupcakes
Cupcakes sempena perpindahanku

Monday, July 11, 2011

Untuk Dijual: Jubah Moden Chiffon

Salam,saya ada baju Jubah Moden chiffon,untuk dijual..baru jer beli dari jakarta,tapi pendek dgn saya..kalau sapa berminat bleh hantar e-mail izebelle_sabriha@yahoo.com..ni detailnya:

Condition: New
Saiz : L ( L.dada: 102cm, Labuh baju: 130cm)
Harga: RM90( tak termasuk pos)



Sapa2 yang minat wat raya,blehla melaram dgn jubah moden..hehe..harga pasaran dlm RM130++....bleh contact terus saya 0199566334...ready stock 1 unit sahaja..terima kasih..

- SOLD-




Sunday, May 15, 2011

Tips penjagaan alat mekap dan barangan kulit...

ALAT MEKAP 
Post kali  ini aku nk update pasal penjagaan alat mekap dan barangan kulit...hehe...aku combine skali dua benda ni..jimat..hehe...dah 3 tahun aku kerja br aku nk start pakai mekap..huhu...itupun bedak muka dan lipstik...lipstik yg aku suka brand estee lauder..bedak muka selalunya pakai yg Zai's formula..bukan apa muka sensitif...so,yg tips ni aku dpt dari bacaan buku,bukan suka hati jer tulih...ada gak baca kat intenet sikit2..huhu


1. Pas pakai eyeliner dan lippensel,please tutup balik cover dia..nanti kang lama kelamaan muncul kaler cam kulat kat hujung..huhu..

2. Buang alat mekap yang dh bertukar kaler...selalunya krim senang nampak perubahan..kalu lipstik tu sesuai guna dlm 6-9 bulan jer..pastu,cau cincai...

3.Jangan guna bedak debu/loose powder/mineral powder yang dah ber-ketul-ketul.
  
4 .jangan guna kan set berus terlalalu lama. Tukar baru. tapi  kalu berus yg jenis mahal,esp yg material bulu haiwan ori,sayang beb..So tips aku, rajin-rajin kan lah  cuci set berus korang. Cara nak cucinya senang sajor. Basuh dengan menggunakan detergent khas untuk berus atau paling tidak guna je syampu baby. Tapi aku nak nasehatkan jangan rendam berus terlalu lama sebab nanti bulunya akan terjejas dan batangya akan mudah pecah. Tapi aku selalu basuh dgn sabun dettol atau sabun mandi baby..hehe..

5. untuk span plak,yg selalu guna utk apply foundation,span tu tak diguna kan terlalu lama. Span yang lembab memang senang nak kumpul kan bakteria.

6. yang paling penting sekali,avoid kongsi mekap anda..ini bleh menggalakkan bakteria...
Tips nak pakai warna gincu yg sesuai dgn penampilan kita:
warna gincu ni ada pelbagai merah,peach,coklat,oren,pink dan lain2..tp kalu jenis macam aku ada 2 jenis warna jer yg aku ada,pink dan merah...so aku sesuaikan ikut baju..kalu kalian ada lebih dari dua warna,lagi bagus,pakai ikut warna baju..so tips ini utk org yg mcm aku,malas nk beli banyak lipstik..
1) baju tema hijau,merah,coklat-lipstik kaler merah
2) baju tema ungu,biru,pink,light oren - lipstik kaler pink
well,ini hanyalah suggestion utk nampak lebih glam dgn hanya dua warna..ada sesetengah org citarasa yg berlainan..warna2 lain pandai-pandailah..hehe

BARANGAN KULIT
sekarang nak share tentang tips penjagaan barangan kulit seprti kasut dan beg..hehe..actually,haku baru jer beli beg kulit untuk kali ke2..hehe..so,skrg ni cam dh addict dgn beg dan kasut,tp bab beg kulit ni malas sikit nk beli coz susah nk jaga...almaklumlah,aura perempuanku baru nk menjelma..huhu..so,haku pyer seller ada bgtau cara nk jaga beg kulit utk tahan lama..

1. menggunakan lotion badan (x kisah jenama apa) untuk di sapu kat permukaan kulit tu. bukan orang je tau pakai lotion ni, beg pon nak pakai jugak!

 
2. selain menggunakan lotion , ubat gigi pon boleh pakai. see, banyak persamaan penjagaan kita dan barang-barang kita. kita gosok gigi, beg pon nak gosok jugak. just sapu-sapu sikit ubat gigi kat permukaan kulit barang tersebut.
3.Jangan dedahkan barangan kulit terlalu lama dengan cahaya matahari. nanti kulit akan kering dan merekah

4. jangan bagi barangan kulit kita dalam keadaan lembab. nanti naik kulat.

5. kalu yg ada besi atau silver chain tu,pls avoid water n habok utk elak  hardware n leather less shining. So kalu taknak guna bag itu,mk sure simpan dlm dust bag untuk elak habok..nama pun dustbag kan.. klu x guna kena rajin keluarkan to give fresh air n lap dgn kain kering.Yg penting jgn simpan dlm plastik atau casing selain dr dustbag.

so,selamat beramal..hehe